Kelanaan ke Jepun Richard von Coudenhove-Kalergi

Pengembalian ke Jepun

Gagasan Se-Eropah mempengaruhi seorang diplomat Jepun muda – pada masa depan, presiden Kajima Corporation – Morinosuke Kajima semasa kediaman beliau di berlin pada 1922. Coudenhove-Kalergi membentuk sebuah persahabatan bersama Kajima dan seterusnya meminta beliau untuk terjemahkan buku Pan-Europa ke bahasa Jepun.[46] Beliau mencadangkan Se-Asia ke Kajima dan berjanji untuk memberi Hindia Belanda sebagai persahabatan mereka selepas penyedaran tugas untuk menubuh Se-Asia.[46] Kajima telah menerbit Pan-Europa dalam bahasa Jepun pada 1927. Pada 1930, Kajima bersara dari Kementerian Luar Negeri untuk menjadi ahli parlimen. Keazaman beliau untuk menjadi AP oleh kerana pengaruhan Coudenhove-Kalergi.[47] Pada 1970–1971 beliau menerbitkan karya lengkap Coudenhove-Kalergi dari Kajima Institute Publishing yang ditubuhkan oleh Morinosuke Kajima. Beliau menghormati Coudenhove-Kalergi sepanjang hayat, mengimpikan penyedaran Se-Asia.[46]

Di Jepun, gagasan Se-Eropah juga mempengaruhi seorang wartawan bernama Yoshinori Maeda, presiden NHK. Beliau menjadi perintis Persatuan Broadcast Asia-Pasifik dengan imej Pan-Europa yang beliau membaca pada waktu pelajarannya.[48]

Pada 1953 Ichirō Hatoyama menubuhkan Persatuan Pemuda Yuai (kemudian Persatuan Yuai), persatuan persahabatan sebagai kesambungan persahabatan yang Coudenhove-Kalergi menyebut dalam The Totalitarian State Against Man. Perkataan Jepun yūai (友愛) mempunyai beberapa maksud tetapi khususnya perkataan digunakan oleh Hatoyama bermakna persahabatan dan dalam bahasa Jerman brüderlichkeit.[49] Ia boleh juga dikenali persamaan ke "Kebebasan, Keadlian, Kesahabatan" (Persaudaraan), motto Republik Perancis. Seorang pendidik, Kaoru Hatoyama menjadi presiden kedua persatuan selepas suaminya Ichirō, presiden pertama, meninggal pada 1959.

Pada 1967, Coudenhove-Kalergi telah dianugerahi Anugerah Keamanan Kajima, dan dijemput ke Jepun oleh Morinosuke Kajima sebagai presiden Kajima Institute of International Peace, Yoshinori Maeda sebagai presiden NHK, dan Kaoru Hatoyama sebagai presiden Persatuan Pemuda Yuai. Bersama dengan isteri kedua beliau atas kerusi roda,[50] Coudenhove-Kalergi menduduk di Jepun dari 26 Oktober hingga 8 November. Dia juga ditemani oleh anak perempuan adik lelaki beliau Barbara.[51] Richard von Coudenhove-Kalergi juga dianugerahi Darjah Pertama Khazanah Suci dari Jepun. Beliau diizinkan bertemu dengan Maharaja Hirohito, Maharani Kōjun, anakanda mereka Putera Mahkota Akihito yang kepadanya beliau mempersembahkan buku beliau pada 1953 di Switzerland, dan Puteri Mahkota Michiko. Kali ini, dia telah kembali ke Jepun untuk kali pertama semenjak zaman peranakan beliau 71 tahun dahulu. Beliau memberi beberapa syarahan dan menemui berpelbagai pemimpin. Coudenhove-Kalergi menghabiskan 2 minggu di Jepun sebagai tetamu dalam TV Jepun, radio, surat khabar, majalah, dan media lain.[52] Semasa di Jepun, Coudenhove-Kalergi khusus-khususnya meminta pertemuan bersama presiden Sokka Gakkai, Dr. Daisaku Ikeda, kerana Coudenhove-Kalergi telah ditarik karya Ikeda selama banyak tahun. Selepas pertemuan pertema mereka pada Oktober 1967, Coudenhove-Kalergi menghuraikan Ikeda sebagai "sangat cergas, bercintakan-hidup, bermaruah, beramah dan cerdik".[53]

Pelawaan Sokka Gakai

Coudenhove-Kalergi melawati Jepun sekali lagi atas jemputan Soka Gakkai pada Oktober 1970.[54] Semasa pendiamannya, beliau dan Daisaku Ikeda mengadakan dialog rasmi dalam tempoh beberapa hari, sejumlah lebih 12 jam darinya dirakam untuk pewarisan.[55] Dia juga melawati kampus Universiti Soka di Tokyo, yang mana masih dalam pembinaan pada masa itu.[54]

Dua dekad kemudian, pada 1990, Ikeda mencadangkan bahawa lagu kegemaran Coudenhove-Kalergi, "Ode to Joy" karya Beethoven, dipersembahkan secara lazim di perjumpaan utama Sokka Gakkai. Ia dilaporkan di Jepun yang ini salah satu sebab pembelahan antara Sokka Gakkai dan Sokka Gakkai Antarabangsa (SGA) dari Nichiren Shoshu pada 1991, kerana kemimamatan Nichiren Shoshu membantahi "asal usul Kristian" lagu tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Richard von Coudenhove-Kalergi http://www.epaneurope.eu/ https://www.cvce.eu/content/publication/2006/4/24/... http://www.law.tohoku.ac.jp/~tozawa/RCK%20HP/mitsu... https://web.archive.org/web/20121024075148/http://... https://web.archive.org/web/20140307192610/http://... https://www.taylorfrancis.com/chapters/mono/10.432... http://sucra.saitama-u.ac.jp/modules/xoonips/downl... http://www.law.tohoku.ac.jp/~tozawa/RCK%20HP/mitsu... http://wais.stanford.edu/ztopics/week110104/democr... https://web.archive.org/web/20140826122803/http://...